
Sulit
4 tahun
Lewat datang haid , adakah berkemungkinan hamil sedang kan last bersame suami bulan lepas dan pada bulan itu sye sudah datang haid seperti biase selame 7 hari, mohon penjelasan
pertengahan bulan lepas sye bersame suami sye , lepastu suami sye pancut dlm , dan pade tarikh sepatutnye sye haid bulan itu sye lewat 3 hari , dan haid seperti biase selame 7 hari , dan pade bulan ini , sye lewat lagi 3 hari , tetapi last sye bersame suami bulan lepas , ade kemungkinan sye mengandung tak??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sekiranya anda mengalami tempoh haid setelah berhubungan seksual, maka anda tidak berkemungkinan mengandung. Haid yang lewat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, selain kehamilan, seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.