
Sulit
5 tahun
Lewat datang period kerna pil hormon
Saya telah makan pil hormon dan sblom itu sy ad melakukan hubungan bersama teman lelaki sya secara ringan…tidak masuk ke dalam kemaluan sy cuma berlapik seluar sahaja…dan tiada percikan air mani di kemaluan sy…adkah sy boleh hamil jika terkena air mazi…atau pon kerana pil hormon yg sy mkn telah menganggu perjalanan period sy

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Mengenai risiko anda untuk hamil sekiranya melakukan hubungan yang dinyatakan diatas adalah secara dasarnya rendah namun air mazi boleh mempunyai sperma dan sekiranya terdapat walaupun sedikit air mazi/mani pada kemaluan anda, risiko kehamilan akan naik. Antara faktor-faktor kedatangan haid lewat adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.