
anishsopian
6 tahun
Lewat dtg haid tak seperti selalu
sy berumur 26 tahun , sudah berkahwin 5bulan dan masih belum mempunyai zuriat , pada bulan ni saya lambat dtg haid . masuk harini dah 3 hari , sy cuba pregnancy test result negatif , tp utk kalini sy muntah2 , letih , pening , tak sedap perut tak seperti selalu sy dtg haid , ape patot sy buat doc ? sy risau kalau tak hamil adakah ada penyakit lain , atau terlalu awal utk sy bertanya kpd doc .

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara sebab UPT negatif adalah:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Untuk kepastian, anda diminta mengulang UPT selepas seminggu.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih