
Sulit
3 tahun
Lewat haid sebulan lebih
Hai . saya berumur 24 thun dan sudah berkahwin . saya lewat haid sebulan lebih dan tidak menyukai bau nasi . air kencing saya seperti bau nasi yg baru masak . saya juga ada keputihan yg seperti putih telur dan tidak berbau . bila saya check upt hasil nya negative . perut saya juga buncit . apa kah saya hamil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan hormon
- Berat badan terlalu rendah
- Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Untuk pengetahuan anda, keputihan seperti putih telur dan tidak berbau sering berlaku bagi sesetengah wanita ketika waktu subur mereka. Ia menandakan bahawa anda sedang megalami waktu subur dan ovulasi boleh berlaku. Berdasarkan pernyataan anda di atas bahawa anda sudah melakukan ujian kehamilan dan mendapat hasil negatif, ia menandakan bahawa anda tidak hamil.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan