
Sulit
3 tahun
Lewat haid tetapi upt negatif
saya ain berumur 24 tahun . saya sudah berkahwin 6 bulan . pada 2 bulan ini saya ada ambil jus untuk membetulkan kitaran haid saya . pada bulan ini haid saya sudah 3 hari lewat haid . sebelum ni saya ada juga simpton macam pening setiap hari tiba2 rasa nak muntah tak sedap badan saya ada check upt sebelum waktu haid saya tapi negatif . hrini setelah 3 hari lewat saya check juga tetapi negatif . mcm simptom haid pun ada jugak saya alami mcm sengugut dengan sakit pinggang . macam mana ye itu doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan penerangan di atas, kami memahami anda mengalami masalah haid lewat selama 3 hari. Anda juga mengalami simptom pra-haid dan sengugut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, selain kehamilan, haid terlewat boleh disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak stabil dalam badan. Antara punca hormon tidak stabil adalah :
- Stres
- Masalah berat badan (terlalu berlebihan atau terlalu berkurangan)
- PCOS
- Penggunaan ubat perancang
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
- Masalah tiroid
Kami menyarankan anda untuk mendapatkan nasihat doktor sakit puan mengenai masalah yang anda alami. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama pakar sakit puan kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.