
julaihaoyok2018
2 tahun
Lewat mengambil suntikan perancang keluarga
Saya wanita yang suda berkahwin dan mempunyai anak yang berusia 5 bulan. Oleh kerana tarikh yang sepatutnya saya mendapat suntikan pencegah kehamilan telah lewat saya terpaksa menunggu sehingga haid datang. Kali terakhir sata bersama suami adalah sebulan sebelum suntikan tamat tempoh sehingga sekarang belum bersama. soalannya bolehkah saya bertukar kepada pil pencegah kehamilan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk menjawab soalan yang anda ajukan, tiada masalah untuk anda bertukar dari kaedah suntikan kepada pil, namun begitu anda harus tahu cara pengambilan yang betul, serta pengetahuan tentang pil ini sendiri seperti kesan sampingan yang boleh timbul dari pengambilannya.
Biasanya risiko pengambilan pil ini adalah kebanyakan wanita sering terlupa untuk mengambilnya dan menyebabkan kadar keberkesanannya berkurang.
Sila rujuk kepada doktor untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang perancangan anda untuk bertukar dari suntikan kepada pil. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.