
nyza2479
5 tahun
Lewat Pengambilan Pil Postinor 2
Saya ada mengambil pil postinor selepas bersama dlm tempoh pil pertama 48jam dan pil kedua seharusnya dlm tempoh 12jam. Masalah saya adalah saya sudah terlewat 1jam untuk makan pil kedua. Iaitu saya makan pil 13 jam. Adakah saya perlu makan semula pil ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman tambahan pihak anda, ubat postinor adalah merupakan pil kecemasan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama.
Secara amnya, pengambilan pil kedua ini tidak mempunyai masalah dan kesan untuk mengandung. Pil pertama yang lebih penting. Namun, saya cadangkan anda untuk ke farmasi jika anda masih ragu-ragu mengenai tahap keberkesanannya
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara privasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.