
Sulit
4 tahun
Lewat Period 4 bulan
Saya wanita 27 tahun dan sudah berkahwin. Last period saya ialah bulan 9 2020 tapi hingga harini saya dah tak datang haid. Bila check UPT negative. Sy sudah ke klinik dan terang apa yang jadi and doc bagi ubat turun darah tanpa check selebihnya. Adakah normal lewat haid selama 4 bulan dn kadang-kadang saya terasa seperti loya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu lewat haid 4 bulan. Untuk makluman anda, masalah lewat haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor semula sekiranya gejala loya anda berlarutan atau ditambah dengan gejala lain seperti sakit pinggang, sakit pada payudara atau kerap kencing.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!