akuwnakidop3
6 tahun
Lewat Period 5 hari
Saya wanita berkahwin 24tahun, Saya tidak pernah lewat period tapi selepas berkahwin saya lewat 5 hari dan hari keenam darah keluar dan berketul serta sengugut. Bulan sebelum period hanya 2 hari. Adakah normal? Perlu ke saya cek upt masa period sebab risau risiko hamil luar rahim? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, perubahan pada kitaran haid sememangnya boleh berlaku sepanjang hidup wanita dan ia boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat selama selama 5 hari tersebut adalah normal begitu juga dengan senggugut. Namun jika kitaran haid anda menjadi semakin tidak teratur, sila rujuk kepada doktor dengan segera. Anda boleh melakukan ujian kehamilan setelah lewat 2 minggu dari tarikh haid yang sepatutnya jika mengesyaki hamil.
Tidak perlu jalankan ujian kehamilan jika telah datang haid, kerana hormon kehamilan akan menghalang haid dari berlaku. Namun jika anda telah pasti hamil dan berlaku pendarahan secara tiba-tiba, anda perlu segera merujuk keadaan anda ke hospital secepat mungkin.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
























