
Sulit
3 tahun
Lewat period 9 hari
Hi, nama saya syazwani… Saya Sudah berkahwin… Saya mula tidak merancang bersama suami pengjung bulan March … Untuk bulan MAY saya lewat datang haid… 2 minggu lepas dari tarikh hari ini, saya ada keluar tanda coklat selama 7hari… Tapi hanya pagi sahaja. Lepas daripada tu terus tiada…
Tarikh haid saya 10/5 tapi sampai sekarang tiada tanda haid. Saya ad buat ujian Kehamilan tapi result Negative. Kenapa ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid lewat, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan dan kesan sampingannya
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda masih risau tentang haid yang lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Berikut merupakan antara beberapa sebab mengapa kit ujian kehamilan menunjukkan keputusan negatif:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Pelbagai maklumat perlu diketahui dan pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui punca masalah yang dialami oleh anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.