
Sulit
4 tahun
Lewat period atau keguguran
hye do, sy berumur 30 tahun.Last period 1/12/2020. Dijangka next period 2/1/2021. Sy telah membuat upt test pada hari tersebut menggunakan 3 test. digital blue, strip n cassete dan keputusan positif. tetapi pd 7/1/2021, sy mengalami sengugut yg terok dan keluar pendarahan yang banyak. sy telah berjumpa dengan doktor dklinik swasta, dan sy telah dscan dan setahu sy untuk minggu awal memang tidak nampak dan telah membuat sekali lagi menggunakan upt dan result negatif. di sini sy ingin bertanya, adakah kemungkinan sy keguguran ataupun period sy lambat? tetapi kenapa ujian upt sy positif pd 1hari lewat haid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan melalui talian ini.
Kami faham kerisauan dan kebimbangan yang anda hadapi berkenaan masalah haid lewat yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang wanita boleh mengalami haid lewat, seperti:
- Sindrom polisistik ovari ( polycystic ovarian syndrome /PCOS)
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu sibuk
- Tekanan emosi atau stres
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan perancang (pil/suntikan/implan)
- Hamil
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Berdasarkan penjelasan anda diatas, kami percaya Doktor tersebut telahpun melakukan pemeriksaan mengikut prosedur yang sepatutnya berdasarkan keperluan kepada masalah yang anda hadapi.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa kesilapan boleh berlaku pada ujian UPT atau keputusan samar-samar:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan atau tarikh penggunaan telah luput
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar: dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Jika anda ragu-ragu kerana keputusan UPT anda kabur, anda boleh terus berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan sama ada anda hamil ataupun tidak.
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda atau seseorang wanita boleh mengalami masalah haid lewat. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan boleh diberikan sekiranya perlu.
Anda juga boleh merekodkan kitaran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar untuk rujukan atau doktor dan anda boleh melihat bentuk kitaran haid anda pada setiap bulan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.