
Sulit
4 tahun
Lewat period dh 4 hari
sye wanita brkhwin… sblom ni cycle period teratur… sptutnya trikh period 21/10 tp dh lwat 4 hri… bila check upt still - ve pstu ade spotting coklat… n perut still cramp… knp ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat dan spotting.
Untuk makluman anda, haid yang lewat boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Pendarahan spotting mungkin berlaku sekiranya implantasi terjadi. Namun ianya terlalu awal untuk melakukan ujian UPT. Ujian ini boleh diulang sekali lagi selepas dua minggu haid anda tidak datang. Sekiranya keputusan masih negatif, saya menasihatkan anda untuk ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.
Selain daripada kesan implantasi, pendarahan coklat juga boleh disebabkan oleh:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Anda risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.