Sulit
3 tahun
Lewat Period selepas keguguran
Saya berusia 24 tahun, sudah berkahwin, saya keguguran 11 sept, selepas keguguran period saya lewat 2 minggu tiap2 bulan sampai la bulan jan 2021, bulan 11 saya kerap rasa sakit pinggang,lower abdomen,dan sakit kepala saya check di klinik,scan tapi doc kata, xad apa2 yang serius. Apa pandangan doc? Adakah saya perlu pergi berjumpa doctor lagi?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung, tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon pasca keguguran & faktor homeostasis yang lain
Kelewatan haid yang diiringi dengan perut kembung atau perubahan tubuh pula boleh berpunca dari:
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau apakah terdapat keterkaitan dengan gangguan sakit pinggang & sakit kepala yang anda alami, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu oleh pihak kami.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!