
Sulit
6 tahun
Lidah ada bintik merah dan tepi tak sekata
Saya lelaki 31 tahun.saya perasan lidah saya ada bintik merah kecil2 dan tepi lidah macam tak sekata…kalau dapat upload foto mungkin mudah untuk mengetahuinya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, lidah berbintik merah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan Epstein-Barr virus - sejenis virus keluarga herpes juga. Ia mempunyai simptom seperti yang anda sebutkan dan juga dikenali sebagai “Kissing disease”
- Jangkitan virus herpes simplex - dari selesema
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Radang tonsil
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih