
Sulit
4 tahun
Lidah ada bintik merah
Saya menyedari yg saya mempunyai bintik merah di lidah saya. Adakah itu tanda std? Dan apa yg saya perlu lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selain sifilis yang merupakan penyakit STD, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Lie bumps (transient lingual papillitis)
Luka canker (ulser aphthous)
Squamous papilloma
Glossitis
Kanser mulut
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan adalah, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.