
Sulit
4 tahun
Lidah Geografis dan TMJ Pain
Hi, saya merupakan seorang wanita berumur 19 tahun, saya telah disahkan menghidap penyakit “TMJ PAIN” ataupun temperomandibular joint pain. Hampir 3 tahun saya menghidap penyakit ini, dan dalam tahun lepas lidah saya mula menjadi putih putih dan berupa lidah geografis seperti berpeta-peta. Lidah saya akan terlihat seperti berpeta-peta dalam masa 3-4 hari dan hari seterusnya hilang dan akan terbentuk kembali. Ia berulang-ulang dan menyebabkan saya tidak selesa seperti pedih di lidah. Adakah disebabkan TMJ pain itu menyebabkan lidah saya berbentuk seperti itu? Saya ingin tahu apa punca lidah saya begitu? Terima Kasih atas penjelasan Doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Sakit lidah, mulut & tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk pengetahuan anda, lidah geografi berlaku apabila lidah hilang lapisan papillae. Punca kehilangan papillae ini tidak diketahui namun kejadian ini berkait dengan genetik dan kebiasaanya ia terjadi kepada penghidap psoriasis dan mereka yang berlidah fissure.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.