
Sulit
4 tahun
Lidah sakit pedih bila makan, x selera
Saya mengidap penyakit batu dalam hempedu, gastric dan fat liver…masalah saya, saya sering tergigit lidah setiap kali terlelap.D sebabkan ini lidah saya sebelah kanan sering jadi ulser…berulang² …sekejap baik, sekejap sakit… Saya sudah cuba sapu difflam mouth gel tp sekejap je kesannya…adakah sakit ini ada kene mengena dgn sakit yg saya hidap atau kemungkinan saya hidap penyakit lain???lidah terasa macam ada aliran elektrik bila tergigit…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- trauma kawasan oral dan lidah
- komplikasi gangguan gastroenterohepatologi
- jangkitan kuman yang kronik
- komplikasi obesiti
- atau penyakit lain yang tetap memerlukan pemeriksaan dari pihak kami
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.