Sulit
3 tahun
Lidah terase tegang. tangan terase semut2
sy lelaki berumur 29 tahun. sy disahkn panic disorder oleh doktor di hospital bahagia, tg. rambutan. slps berjumla psikitriAt , sy di beri escitLopram. baru2 sy terase tengang di lidah dan bawah rahang. tgn kiri sy terase tegang dan jika sy genggam terase seperti ngilu atau geli.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan bagi pihak saya memahami masalah sebenar yang anda alami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.