
Sulit
3 tahun
Lightheaded nausea vomit
Pada 8 aug saya buat ecg kerana saya nak tahu kenapa saya tak boleh bernafas result doktor cakap okay saya saja tanya ada tak ubat boleh rilekkan jantung doktor bagi propranolol 40mg saya lerat makan 20 mg bila makan petamg tu pening sampai skrg 17 sept mcm mana doktor apa ubat tu buat sampao saya jadi macam ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, pening kepala, loya dan muntah adalah kesan sampingan umum pengambilan ubat propranolol.
Sebab ubat ini akan menyebabkan pelebaran saluran darah seluruh badan, melambatkan aliran darah dan mengurangkan tekanan darah. Oleh itu, sesetengah individu akan mengalami gejala pening kepala, loya, muntah, ketidakselesaan perut dan selainnya sebab pengangkutan oksigen berkurang dan badan berfungsi pada kadar yang lebih rendah.
Sekiranya kesan sampingan ini menyusahkan anda, anda boleh merujuk kepada doktor anda untuk mengubahsuai ubat anda serta bincang semula rancangan rawatan yang sesuai untuk anda.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.