
Sulit
5 tahun
Line upt 2 line scan tak nampak
Saya berumur 39 tahun…Period saya memang tidak teratur. Beberapa bulan ni hanya sedikit sahaja. Saya dapati terdapat spotting selama seminggu bewarna coklat. Saya telah pergi berurut dan tukang urut sarankan agar saya buat upt. Malam tersebut saya check upt didapati 2 line. Pagi 8 am saya check 2 line. Malam saya checkpun 2 line. Saya tidak pasti berapa minggu dan untuk memastikan saya telah pergi berjumpa doktor untuk buat ultrasound. Tetapi tidak nampak ada kantung. Doktor beri ubat kuat rahim dan asid folic memang saya amalkan. Ujian darah juga diambil selama 2 hari. Tetapi pada 10hb didapati darah seperti period. Saya sangat khuathir apa kah yang berlaku. Mohon jasa baik doktor menerangkan situasi saya sekarang. Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, spotting diawal usia kehamilan boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan
- Persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Sementara itu, andainya perdarahan yang terjadi adalah banyak (bukan spotting ). Kemungkinan terjadi kejadian berikut:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.