Sulit
4 tahun
Line upt semakin pudar
Hi doktor, ini adalah kandungan kedua saya. Sudah masuk minggu ke 10 dan esok sy akan bukak buku pink. Sudah jadi rutin stp hari sy akan cek upt dan sy dapati hari ini line agak kabur berbanding semalam. Adakah ia normal atau tidak? Sy agak gusar walau ini kehamilan yg kedua namun sy tidak pernah alaminya. Mohon bantuan n penjelasan ya. Sy tiada sebarang kesakitan pd abdomen dan tiada sebarang pendarahan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerungsingan yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan keputusan ujian kehamilan menjadi negatif atau pudar, seperti:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada ia normal ataupun tidak kerana maklumat lanjut perlu diketahui. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dan melaporkan keputusan tersebut. Pemeriksaan lanjut dan pengesahan kehamilan akan dibuat pada waktu yang sama.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.





























