Sulit
5 tahun
Lipoma di bahagian kulit pergelangan tangan. Tidak sakit dan tidak bernanah sesama sekali. Jelas bahawa ianya adalah kumpulan lemak yang terkumpul di bawah permukaan kulit
Saya lelaki 23 tahun mempunyai lipoma di pergelangan tangan dan ia agak mengganggu keyakinan saya setiap hari. Berapa kos pembedahan yang saya perlu jalani?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Umumnya lipoma adalah suatu penyakit akibat dari pengumpulan lemak yang tidak sekata di bawah lapisan kulit. Namun pada waktu yang sama ia juga mirip dengan penyakit lain antaranya:
- Kista ganglion
- Ketumbuhan jinak mahupun ganas
- Intradermal nevus
- Gout / Herberden Nodes
- dan gangguan-gangguan yang lain
Oleh itu, selagi diagnosa yang tepat belum dapat ditentukan, rawatan yang sesuai juga masih sulit untuk dipastikan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.



































