
Sulit
4 tahun
Liptie pada anak saya
Hai dr … anak saya berumur 11 bulan … dan gigi bru tumbuh tapi gap… jdi persoalan saya… saya ada tgk anak saya mcm ada liptie dkt tgh gigi bersambung ke bibir atas … jadi adakah perlu berjumpan dr? Dan dr apa perlu dirujuk?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Lip tie merupakan kondisi kelainan anatomi pada bibir bayi yang bercantum dengan gusi atau posisi bibir menghampiri gusi disertai dengan bahagian lapisan yang menyambung di antaranya sehingga menyukarkan gerakan mulut dengan bebas.
Antara tanda atau gejala yang mengiringi kelainan tersebut lazimnya termasuk
- gangguan menyusu atau perlekatan pada puting susu
- kesukaran bayi untuk bernafas sewaktu menyusu
- mempunyai suara ‘clicking’ ketika menyusus
- gangguan peningkatan berat badan
malah si ibu juga dapat mengalami
- kesakitan ketika menyusui
- kelelahan terhadap menyusu
- jangkitan atau gangguan payudara
Justeru untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anak anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan (sekiranya didapti perlu), pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.