
Sulit
4 tahun
Long term effect postinor
Salam doc haritu saya ada ambik postinor 2 kali berturut in two cycle lepas je habis seminggu period kali kedua ni, saya dapati ada keputihan berwarna coklat keluar. Saya juga mengalami sakit perut seperti pms. Adakah ini disebabkan effect daripada postinor tu? Kalau betul, saya dah lama makan kenapa effect dia selepas habis period? Mintak penerangan ya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan persoalan anda. Saya fahami kebimbangan yang anda sedang alami kesan daripada pengambilan pil postinor.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Untuk makluman anda, postinor mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi menghalang kehamilan berlaku. Sekiranya postinor diambil secara kerap, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku seperti :
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Haid tidak teratur
- Pendarahan
Kemungkinan gejala yang anda alami sekarang adalah kesan sampingan pil postinor. Namun untuk maklumat lebih terperinci anda boleh berhubung dengan Doktor bagi pemeriksaan lanjut. Sekiranya gejala yang anda hadapi berpanjangan, sila ke klinik atau hospital berdekatan.
Anda juga boleh berhubung dnegan Pakar kami secara peribadi di (DoctorOnCall) untuk dapatkan khidmat konsultasi. Terima kasih.