
Sulit
4 tahun
Lower chest pain bawah breast bone
hi saya umur 17 tahun perempuan
saya selalu rasa sesak di dada dan shortness of breath bipa baring sekarang saya rasa bila tarik nafas my lower chest is pain on the left side bawah breast bone macam rasa tajam dan dicucuk pada bahagian tersebut bila tarik nafas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda alami iaitu sakit dada. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan sakit dada. Antaranya ialah:
- Serangan jantung: ia boleh berlaku samada pada waktu rehat atau beraktiviti, diiringi dengan gejala kebas kebas di bahagian lengan, bahu dan rahang
- Jangkitan kuman pada jantung
- Jangkitan kuman pada paru paru
- Penyakit Refluks ( GERD )
- Keradangan otot di bahagian dada
- Masalah tulang di bahagian dada
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Mengenai gejala sesak nafas yang anda alami, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut. Anda juga dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik apabila anda mengalami gejala selain sesak nafas seperti:
- Muntah
- Sakit dada yang berpanjangan melebihi setengah jam
- Pitam
- Demam
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah anda, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut daripada doktor kami. Privasi anda adalah keutamaan kami. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.