
Anonymous
5 tahun
Loya dan hilang selera makan
Saya perempuan berumur 19 tahun . Saya mmng dah di sahkan mempunyai diabetes type 2 , 2 tahun yg lalu . Sudah 8 hari tekak saya berasa loya bila nak makan ubat metformin dan hilang selera makan . Makan pun tak menentu . Setiap kali saya nak makan ubat , mesti saya rasa nak muntah . Jadi apakah masalah pada simptom saya ni doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Kehilangan selera makan boleh disebabkan oleh pelbagai jenis punca termasuk tekanana emosi dan kemurungan. Rasa loya dan ingin muntah pula sering disebabkan oleh masalah sistem penghadaman atau masalah mental.
Rasa muntah selepas makan boleh disebabkan oleh pelbagai punca termasuk ketumbuhan di dalam perut, GERD (injap esofagus yang tidak berfungsi dengan baik), ulser di dalam perut dan sebagainya. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala kekurangan selera makan termasuk:
• Penyakit lemah jantung
• Penyakit paru-paru seperti asma
• Penyakit autoimun seperti SLE dan rheumatoid arthritis
• Jangkitan kronik seperti TB dan HIV
• Jangkitan parasit di dalam usus
• Kencing manis
• Hipertiroid atau hormon tiroid berlebihan di dalam badan
• Barah
• Penyakit psikiatrik seperti anorexia nervosa dan kemurungan
Berat badan yang berkurangan lebih daripada 5% dari berat badan asal anda dalam masa 6 bulan tanpa apa-apa sebab yang munasabah merupakan kondisi agak serius.
Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini bersama doktor, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih