
Sulit
4 tahun
Loya dan mual serta sedawa dan jeluak
Suami sy selalu onanikan sy… Dan kemungkinan air mani suami terkena pd lubang kemaluan sy… Lepas onani tu… Sy telah dtg bulan… Cuma pd bulan xdtg lg… Dan rasa mual loya dan jeluak… Adakah sy mengandung atau pm mengalami penyakit lain

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami menghargai kepercayaan anda untuk bertanya pada pihak kami soalan soalan yang berunsur peribadi dan sensitif.
Pertama sekali, kami simpati dengan masalah yang anda hadapi. Anda sering berasa loya dan mual selepas beberapa tempoh anda mengadakan hubungan intim dengan suami anda. Kami ingin mementingkan bahawa perbuatan onani adalah tidak sihat dan anda suami isteri perlu berhenti mengadakan perbuatan itu. Hal ini kerana perbuatan itu boleh menyebabkan kekotoran pada alat sulit. Kami sarankan anda berjumpa pada kaunselor jika berminat untuk berhenti melakukan perbuatan itu tanpa kompromi hubungan antara anda dan pasangan anda.
Berdasarkan maklumat yang diberi, anda berminat untuk mengetahui tanda tanda kehamilan. Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
-Tidak datang haid
-Keletihan
-Mual
-Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
-Payudara yang sakit dan semakin membesar
-Sembelit
-Kekejangan
-Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
-Perubahan emosi atau mood
-Mengidam pelbagai jenis makanan
-Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
-Peningkatan berat badan
-Sakit kepala
-Sakit belakang
-Pening
-Kerap membuang air kencing
-Bengkak pada kaki (edema)
-Kesukaran untuk tidur
-Pedih ulu hati
-Kontraksi yang sederhana
Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan. Sebagai contoh, anda mungkin mengalami “morning sickness” semasa mengandung anak pertama anda tetapi tidak semasa anda mengandung kali kedua. Gejala kehamilan awal bukanlah satu-satunya sumber pengesahan kehamilan anda. Banyak tanda-tanda ini juga berkaitan dengan keadaan kesihatan yang lain, termasuk sindrom pramenstruasi (PMS).
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih