
Sulit
4 tahun
Loya dan muntah selepas makan ubat
saya wanita berumur 23 tahun, muntah selepas makan ubat batuk yang diberikan oleh doktor di klinik. doktor tersebut membekalkam saya dengan ubat salmol expectorant. apa penyebab saya muntah ye?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan boleh berkait rapat dengan penggunaan ubat yang telah diberikan, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari pusat rawatan tempoh hari atau di klinik kesihatan yang terdekat. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor yang memepunyai data kesihatan anda yang lebih khusus.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- kesan sampingan ubat
- perubahan hormon
- gejala psikologi
- gangguan saluran pencernaan
- atau kondisi tubuh lain yang memerlukan rawatan doktor
Justeru sementara menunggu rawatan lanjut dari doktor di klinik atau hospital, anda juga disarankan untuk
- mengamalkan gaya hidup sihat seperti
- melazimi eksesais atau bersenam
- memperolehi diet yang sihat
- mendapatkan tidur yang cukup
- meningkatkan pemakanan yang
- tinggi kandungan probiotik
- tinggi kandungan serat. potasium dan vitamin
- diringi dengan jadual diet dan minuman secara teratur
- menghindari pemakanan yang
- memicu rasa mual atau muntah
- tinggi nilai atau kadar asid
- sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan
- atau menghentikan dahulu pengubatan dengan pengetahuan doktor tempoh hari
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.