
Sulit
4 tahun
Loya..pening Dan cirit birit
Saya wanita berumur 31 tahun … pagi tadi mengalami loya Dan cirit birit…Serta pening…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu cirit birit, loya dan pening. Hal ini sangat membimbangkan kerana anda boleh mengalami dehidrasi kronik.
Sila klik pada link ini segera (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu cirit birit. Untuk makluman anda, keluhan yang dialami boleh jadi disebabkan beberapa perkara lain seperti:
- Keracunan makanan
- Jangkitan usus
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
- Irritable bowel syndrome
Berdasarkan keterangan anda, keracunan makanan adalah perkara pertama sekali yang menjadi punca anda mengalami cirit birit yang boleh kami rumuskan berdasarkan maklumat terhad diperolehi. Walaubagaimanapun, anda masih perlu berjumpa dengan doktor segera kerana anda telah cirit birit dan ke tandas sebanyak 15 kali. Anda telah hilang banyak air dalam badan akibat ini.
Anda juga berasa loya dan hal ini mungkin berpunca akibat anda pening kepala dan cirit birit pada masa yang sama.
Sakit kepala yang anda alami boleh dijelaskan oleh beberapa perkara:
- Tekanan stress
- Mengalami jangkitan selesma atau virus seperti influenza . Perkara ini boleh berlaku sekiranya anda terdedah dengan persekitaran baru seperti melancong ke luar negara.
- Gejala jet lag yang boleh dihadapi selepas penerbangan, namun perkara ini hanya berlaku pada masa yang singkat.
- Tekanan darah yang tinggi.
- Kurang bersenam
- Posisi ketika tidur yang salah
- Tabiat makan yang lewat.
- Dehidrasi
- Kurang tidur atau rehat
- Penggunaan sesetengah ubat.
- Jangkitan kuman pada otak atau keradangan yang berlaku pada saluran darah kepala.
Melihat kepada banyaknya penyakit yang dapat mendasari serta khuatir akan perburukan penyakit, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.