
Sulit
4 tahun
Loya Pening dan Muntah
Saya wanita 20 an dan bujang dan seorang pelajar IPTA sepenuh masa, simptom sy adalah tidak lalu untuk makan, loya, cepat kenyang, pening dan sakit ari pada belah kiri. Saya pengidap ovarian cyst yg terkandung lendir dan berukuran 3cm x 3cm. Period saya tak teratur dan sudah 2bulan tak datang. Saya ada ambil pil hormon untuk stabilkan period tapi ia hanya stabil dalam masa 3bulan sahaja. Apa yang perlu saya buat dan apakah petanda daripada simptom yang saya alami ini doktor ? Mohon pencerahan dan Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, masalah loya dan muntah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Khusus sekiranya anda seorang wanita, ia juga boleh menandakan:
- gangguan kitaran haid
- gangguan hormon
- mahupun gangguan organ wanita
Untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih