alisahbasir
3 tahun
Loya, pening, sakit kepala, craving, sakit bkalang
Saya mau tanya, kblakangan ni saya rasa mcm ada perubahan sama saya kemungkinan saya mgandung, tapi saya suda test keputusan negatif?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan pelbagai perkara selain kehamilan antaranya ialah:
- Jangkitan saluran kencing
- Sakit migrain
- Perubahan hormon ketika ovulasi
- Awal kehamilan - ujian UPT mengambil 1-2 minggu untuk dikesan
- Tanda awal kencing manis
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































