
Sulit
4 tahun
Loya, sakit pinggang
Saya berumur 29 tahun, sy sudah berkahwin nk msuk 3 tahun dan blm ada anak…last bln 4 thn lps sy keguguran dan kandungan saya 4 weeks…
Sekarang sy mengalami sakit pinggang, loya, pening, bdn rasa xsedap, bhgia bawah perut rasa xselesa…buln lps sy period 15/8 klw ikutkn hrini blm smpi tarikh period sy, tp dlm mslh kesihtn sy alami skg ape perlu sy lakukan ye doktor?adakah sy dah boleh lakukan ujian kehamilan? Atau msh awal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Sindrom pra-menstruasi
- Kehamilan
- Keracunan makanan
- Ketegangan otot pelvis
Anda boleh lakukan ujian kehamilan selepas 2 minggu melakukan persetubuhan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.