
Sulit
4 tahun
Loya tapi tk muntah, nak makan semua tk boleh
Saya lupa nak tanya, utk buat ujian kehamilan tu saya kena tgu for next period pada 20hb sept atau saya boleh buat ujian sekarang? Saya bersama suami pada 28hb ogos, sebelum ni mmg tak pernah cuba utk pregnant tp pada 28hb ogos tu baru 1st time … adakah terlalu awal utk saya buat pregnant test tu?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham tentang persoalan anda dan berasa simpati terhadap pengalaman anda menghidapi loya dan sakit perut. Kami faham anda risau jika ini adalah tanda awal kehamilan kerana anda baru sahaja bersama dengan suami anda pada 28 Ogos. Oleh hal yang demikian, kami senaraikan tanda-tanda awal kehamilan seperti yang anda boleh dapati di bawah.
Untuk makluman anda, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti:
- Haid Lewat Atau Tidak Datang Haid
- Mual Loya Atau Muntah
- Saiz Payudara Membesar Dan Payudara Menjadi Lebih Sensitif
- Kerap Kencing
- Deria Bau Lebih Sensitif
- Pendarahan kecil
- Keputihan
- Perubahan selera makan
- Keletihan
Akan tetapi, untuk memastikan bahawa anda hamil atau tidak, disarankan untuk anda membuat ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) atau berjumpa dengan doktor.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.