
reusdin
2 tahun
Lozenges untuk ibu mengandung
Bolehkah ibu mengandung seawal 13 minggu makan ubat lozenges

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Lozenges merupakan sediaan berbentuk gula-gula yang mengandungi ubat. Ia mengandungi satu atau lebih ubat-ubatan biasanya berperisa manis. Fungsi lozenges adalah untuk memberi kelegaan dan keselesaan ke atas iritasi rongga tekak.
Tiada laporan menyatakan lozenges tidak sesuai digunakan semasa mengandung atau semasa menyusukan bayi. Untuk makluman pihak anda, untuk mendapatkan nasihat untuk pengambilan ubat , puan amat disarankan untuk merujuknya kepada doktor. Dengan mendapatkan nasihat doktor, anda akan disarankan dengan ubat yang sesuai, kemudian pemantauan terhadap keberkesanan ubat tersebut boleh dilakukan. Sekiranya tidak sembuh, rawatan lain yang lebih sesuai boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih