
Sulit
4 tahun
LPR (Laryngopharyngeal reflux )
Hai, saya wanita berumur 21 tahun dan baru-baru ni saya didiagnos penyakit LPR. Boleh saya tahu cara nak mengurangkan simpton penyakit ini? Dan jika sakit ini berlarutan, adakah saya perlu membuat surgery? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengamalkan diet yang mengandungi tahap asid rendah, rendah lemak dan tidak pedas
- Makan makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap
- Menurunkan berat badan.
- Elakkan penggunaan alkohol, tembakau dan kafein.
- Jangan makan makanan kurang dari 2 jam sebelum tidur.
- Angkat kepala katil anda sebelum tidur. Letakkan objek yang kuat dan padat (seperti papan) di bawah bahagian atas tilam. Ini akan membantu meninggikan kepala dan bahagian atas badan anda, yang akan membantu menjaga asid perut daripada masuk ke kerongkong anda.
- Elakkan membersihkan tekak anda.
- Mengambil ubat-ubatan antasid. Pastikan anda mengambil semua ubat seperti yang diarahkan.
Pembedahan hanya akan dibuat sekiranya kondisi anda parah dan tidak dapat dikawal dengan langkah-langkah seperti di atas.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.