
Sulit
4 tahun
Lubang di sebelah dubur
Saya lelaki berusia 28 tahun. Semasa saya mencuci dubur setelah selesai membuang air besar ,saya rasa ada sesuatu di sebelah dubur saya.Saya mengunakan cermin untuk melihat dan saya dapati ada lubang kecil bersebelahan dubur saya .Saya berasa sangat hairan kerana sebelum ini saya tidak ada berasa sakit di bahagian dubur.Saya harap doktor boleh bantu saya kerana saya agak malu untuk berjumpa doktor .

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah lubang di sebelah dubur yang anda telah berikan memerlukan lebih banyak maklumat sebelum apa apa kesimpulan dapat dibuat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah tersebut merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar bedah (General Surgeon) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.