Sulit
2 tahun
Lubang dubur berdarah
Saya berumur 20 dan ketika berak tahi keras, lubang dubur saya berdarah kemudian apabila saya hendak mencucinya, ia terasa pedih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu lubang dubur berdarah. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan seperti:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
- Keradangan anus
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah anda hari ini.