
Sulit
4 tahun
Lubang setelah cabut gigi bongsu
Awak bulan ini saya cabut gigi bongsu, selepas 1 minggu saya bejumpa kembali dengan doktor gigi untuk cabut benang, selepas 2 minggu saya dapati gusi bengkak dan doktor berikan saya antibiotik dan bengkak itu telah hilang. Selepas 3 minggu, saya dapati lubang seleas gigi bongsu saya masih tidak tertutup. Saya tidak merasa sakit yg amat, hanya nyilu, tiada bau busuk dari nafas. Perlu kah saya pergi buat pemeriksaan sekali lagi?saya risau kena soket kering (dry soket).

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, dry socket adalah antara komplikasi yang biasa dijumpai setelah cabutan gigi dibuat, namun ianya tidak boleh dipandang ringan kerana jangkitan gusi dan masalah saraf boleh berlaku.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Antara tanda-tanda anda mengalami dry socket adalah:
- Sakit di bahagian gigi yang dicabut
- Nafas berbau disebabkan jangkitan
Disebabkan anda nyatakan lubang tersebut tidak tertutup, kami sarankan anda agar berjumpa dengan doktor gigi anda untuk diperiksa semula dan supaya rawatan dapat diberikan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall). Terima kasih.