
Sulit
4 tahun
Luka bahagian di tepi faraj
hi doctor saya mengelami luka di tepi faraj (betul2 di antara kemaluan dgn lubang jubur) maaf! saya tak tahu nk gambar kan nya bagaimana !
sebelum terjadi luka tu, sy suka sgt lepas buang air kecil sy suka lap dgn kain kuat2 , dan dea jd geseran(luka yang kecil)
lepastu saya ade sapu cream anti fungal utk bg hilang kn luka tu, lps pada ke esokkan nya ye makin pedih dan jd byk luka dan merah sy rasa mcm bengkak , ( saya tak perasan cream fungal tu da expired date )( saya da sakit n pedih sangat , sy pakai sapu je )
sekarang saya nk buang air besar pedih, buang air kecil pedih, nk duduk baring ngereng smua terasa pedih apetah nak bersama suami , sekarang sy bli cream ’ dermafin cream anti fungal. tapi still tak elok2 , mcm mana ni doctor ni kalau saya dtg period mesti lagi pedih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah luka pada bahagian perineum (kawasan antara faraj dan dubur) dan tidak surut walaupun menggunakan ubat anti-fungal seperti yang anda perihalkan.
Untuk makluman anda, masalah luka yang anda alami ini disebabkan oleh geseran yang kesat pada kulit yang boleh menyebabkan luka, dan luka ini berisiko untuk jangkitan bakteria, ataupun keradangan kulit akibat pendedahan. Pada pendapat kami, gejala luka anda semakin pedih dan bengkak adalah disebabkan oleh alahan pada krim anti-fungal yang digunakan , yang boleh menerukkan keadaan. Kemungkinan krim anti-fungal tersebut boleh menjadi rawatan yang salah untuk anda, dan boleh menyebabkan komplikasi yang tidak diinginkan. Selain itu, rawatan tersebut juga mungkin tidak berguna dan memberi peluang kepada bakteria untuk menjangkit, dan boleh menyebabkan luka tersebut menjadi lebih teruk.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Krim anti-fungal yang telah tamat tempoh selalunya tidak akan membawa kesan sampingan jika dipakai, namun ia mungkin tidak memberi kesan menyembuh yang diinginkan.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini bagi mendapatkan punca masalah dengan lebih teliti, agar menerima rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.