
Anonymous
5 tahun
Luka dekat kemaluan susah Nak kering
Saya berusia 27.mengalami Luka bahagian alat sulit sudah sebulan… Sekarang Saya menguna Kan antibiotics Dari farmasi. Luka blwm kering tp sentiasa berair. Mcm mana Nak tahu ubat apa baik untuk kering Kan Luka bahagian tu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bagi memastikan kawasan luka yang anda alami tersebut mudah kering dan sembuh, punca serta rawatan yang tepat perlu diketahui. Antara faktor yang membantu penyembuhan serta kekeringan luka yang anda alami adalah:
- Penggunaan ubat makan yang tepat - seperti antibiotik, anti-virus atau anti-kulat
- Pastikan kawasan kemaluan kering dan tidak dibasuh dengan sabun - kerana ini akan membantutkan bakteria semula jadi pada kawasan kemaluan untuk melawan kuman jangkitan
- Penggunaan seluar dalam yang selesa dan kerap menukarnya
- Penggunaa krim sapuan yang bersesuaian dengan kondisi yang dialami anda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.