
Sulit
5 tahun
Luka di bahagian tempat jahitan ketika bersalin normal dulu
Saya siti berumur 29tahun Dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 1 tahun 6 bulan.5 Hari yang lepas saya telah bersama dengan suami.sebelum & selepas bersama saya cuci kawasan kemaluan,sebab suami jarang Mandi Dan cuci alat sikit, selang 2 Hari kemaluan Saya terasa gatal yang teramat sehingga Saya keputihan berwarna hijau kekuningan,akibat mengaru terlalu kuat saya tergaru bahagian jahitan bersalin Dan ia luka saya cuma pakai pad herbs untuk kurangan rasa pedih Dan nak elakkan Luka bertambah terus,apakah saranan Dr bagi kes Saya ini

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan dan keputihan pada kemaluan anda boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- jangkitan herpes genital
Bagi mengurangkan masalah yang dihadapi anda, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Elakkan pemakaian pad herbs dan sebagainya - pakai pad biasa sahaja
- Jaga kebersihan kelamin dan ini termasuklah suami anda juga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.