
Anonymous
6 tahun
Luka di bahagian zakar
beberapa hari lepas saya didapati luka pada batang zakar. apakah punca dan kenapa? lukanya seperti kulit di gigit oleh semut api selepas air nanah dibuang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Biasanya, benjolan atau luka pada zakar atau kemaluan, boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan herpes
- Jangkitan sifilis
- Jangkitan bakteria dan bernanah
- Kurang penjagaan kebersihan
- Jerawat pada kulit
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.