
muhamadraimi800
3 tahun
Luka di tepi bibir secara tiba tiba
Salam sejahtera, saya nak tanya beberapa minggu yang lepas saya mempunyai luka di tepi bibir tanpa tahu apakah puncanya ianya kering dan berdarah. Tetapi saya sapukanya dengan minyak gamat. Ianya sembuh tapi belum sepenuhnya.Adakah ianya berbahaya jikalau lambat sembuh?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah luka ditepi bibir ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kulat
- sel darah merah yang rendah
- ulser
- trauma
- merokok
- kekurang nutrisi seperti vitamin B
Ubat yang anda minta harus berdasarkan punca masalah gejala tersebut berlaku.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.