
Sulit
5 tahun
Luka jahitan bersalin bengkak sikit
Saya sudah bersalin 20 hari tapi luka jahitan lepas bersalin ada rasa sakit sikit di bahagian bengkak macam bonjolan kecil. Adaka ia bermasalah atau akan sembuh tak lama ? Saya risau sebab rata2 cakap dalam 2 minggu sudah baik.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, luka jahitan bersalin sememangnya mengambil masa untuk pulih sepenuhnya dan dipengaruhi oleh faktor seperti kebersihan kawasan luka, faktor nutrisi makanan dan faktor sistem imun badan (samada kuat atau lemah). Sekiranya kawasan luka tersebut berdarah, sakit, bernanah atau terbuka jahitan, maka anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.