
Sulit
5 tahun
Luka jahitan bersalin secara normal
Saya baru bersalin secara normal 7 hari yang lepas. Dua hari lepas saya rasa sakit di tempat jahitan. Saya minta nurse klinik kesihatan untuk check jahitan bersalin saya. Nurse beritahu bahawa kulit terkoyak dan rujuk ke doktor. Saya ke hospital dan doktor mengatakan tidak perlu jahit semula kerana koyakkan hanya di luar dan saya diberikan antibiotik. Tadi sewaktu mandi, saya perasan bau yang kuat dan lendiran serta sedikit darah keluar dari tempat jahitan tersebut. Adakah Ini normal jika jahitan luar terbuka?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat kemungkinan luka tersebut telah dijangkiti. Namun, jika anda baru sahaja mengambil antibiotik, ubat tersebut akan menunjukkan keberkesanan selepas 48 jam. Walaubagaimanapun, jika anda mengalami demam, lendiran yang berlebihan, pendarahan yang banyak, anda harus mendapatkan rawatan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.