
Sulit
5 tahun
Luka kayap (shingles)
hai doktor. bolehkah luka kayap yg hampir kering ditutup dengan duoderm patch utk elakkan luka dari merebak semula dan memastikan luka benar2 kering dan sembuh? utk makluman, luka tersebut telah berkuping namun ada sedikit ruam2 kecil yg belum kering sepenuhnya. tkasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atau soalan yang diberikan. Untuk maklumat anda, jika ia telah berkuping, ia hampir kering dan dalam proses penyembuhan. Anda tidak perlu menutupnya dengan apa-apa dan perlu mengkuarantinkan diri anda sehingga ia benar-benar sembuh.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.