
Sulit
5 tahun
Luka pada bahagian bawah zakar ketia cukur
luka kecil tp ia masih mengeluarkan cecair seperti nanah …Apakah langkah yang perlu saya lakukan atau ubat yang perlu saya gunakan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda harus membersihkan luka tersebut dan menyapu ubat antiseptik. Terdapat pelbagai jenis krim antiseptik yang boleh didapati di farmasi. Anda juga boleh melawat e-farmasi kami di (DoctorOnCallEPharma). Selain itu, anda boleh meletakkan plaster untuk menutup luka tersebut. Elakkan membasah luka tersebut buat sementara waktu. Anda juga digalakkan untuk menggunakan seluar dalam yang longgar supaya saluran darah anda lebih lancar. Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti demam dan menggigil, anda digalakkan untuk ke hospital dengan segera kerana ini mungkin menunjukkan jangkitan sistemik.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.