
Sulit
4 tahun
Luka pada kepala pinggir zakar dan pedih bila terkena air
Saya lelaki berumur 17 tahun … dan saya mengalami luka pada pinggir kepala zakar … dan boleh tak tolong sarankan Ubat khas yang boleh di dapati di formasi untuk saya …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang luka di zakar.
Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh disebabkan oleh banyak perkara dan setiap penyakit itu memerlukan rawatan dan pendekatan yang berbeza. Oleh itu saya tidak boleh mengesyorkan mana mana produk untuk dapatkan di farmasi tanpa pemeriksaan terlebih dahulu.
Saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan daripada doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.