
Sulit
4 tahun
Luka pada tepi kemaluan akibat terkena kuku
Luka tu dah sbln.x kering kering.mcmmn nak merawat.sb guna minyak gamat.ok skjp jer.bila guna spender tdo mlm.luka tu lekat dispender.air kencing semua ok.cuma luka dibatang zakar tu sahaja buat saya tak selesa.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Secara umumnya, rawatan luka sememangnya memakan waktu yang agak lama (tergantung keluasan luka). Walaupun ia mungkin dianggap leceh bagi sesetengah pihak, rawatan seperti ini adalah untuk memastikan:
- luka sembuh dengan sempurna
- meminimalkan kesan sampingan luka (i.e. parut)
- mengelakkan dari jangkitan kuman
Oleh itu, saya menyarankan anda untuk bertemu doktor secepatnya agar mereka dapat mengenal pasti sejauh mana keadaan luka anda saat ini.
Buat masa ini anda boleh cuba:
- tingkatkan pemakanan tinggi zat protein (i.e. telur, ayam, ikan, susu, dll.)
- kurangkan bersentuhan dengan kawasan luka
- pastikan tangan dan barang-barang yang bersentuhan dengan luka betul-betul bersih
- digalakkan mencuci luka menggunakan air mineral (untuk menjamin kebersihan air)
- kurangkan pergerakan yang boleh mengganggu penyembuhan luka
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci tetap perlu dilakukan terlebih dahulu.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.