
Sulit
4 tahun
Luka pembedahan Fibroadenoma berasa pedih
Saya wanita berumur 27 tahun. Saya baru melalukan pembedahan pembuangan Fibroadenoma pada 2.4.2021 & doc telah membuka jahitan baru² ini & semuanya ok. Tetapi 2 3 hari ini tempat luka selalu berasa pedih. Berapa lamakah masa yg diperlukan utk betul² sembuh ? Adakah disebabkan saya terlalu lasak dgn tidur secara mengiring ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, proses pemulihan pembedahan boleh mengambil masa sekitar beberapa hari hingga beberapa minggu untuk pulih dengan sempurna.
Punca yang menyebabkan luka pembedahan lambat sembuh adalah:
- Jangkitan kuman
- Kurang bekalan darah ke tempat luka
- Pergerakan yang berlebihan sekiranya luka berhampiran sendi
- Bendasing pada luka
Kami sarankan anda untuk ke klinik atau hospital dengan segera jika anda mengalami simptom-simptom seperti:
- Pedih dan panas pada luka pembedahan
- Bengkak pada luka pembedahan
- Pendarahan atau discaj daripada luka pembedahan
- Demam
Disebabkan luka pembedahan anda memerlukan pemeriksaan fizikal untuk memastikan punca gejala yang anda alami, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan seorang doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.